10 Pic Inovasi


Bahagian ini mempamerkan 10 gambar berkaitan dengan inovasi dari segi teknologi di seluruh dunia.


1) Pengawal Rumah Butterfleye

Image result for butterfleye

Butterfleye merupakan pengawal keselamatan yang hanya memerlukan kos yang rendah. Semua orag mampu mendapatkan Butterfleye tanpa memasang kamera keselamatan di setiap sudut rumah. Butterfleye merupakan kamera yang mampu mengenalpasti pemilik nya sendiri. Butterfleye akan menyampaikan maklumat tersebut menggunakan Wifi rumah untuk memberitahu anda melalui aplikasi yang telah dipasang pada telefon anda

2)`iKettle


iKettle merupakan inovasi yang sesuai bagi mereka yang sering menghadapi masalah lewat bangun untuk bekerja. Dengan iKettle, anda hanya perlu menetapkan masa dan suhu air (kopi/ teh) yang diperlukan. Jadi, masalah tidak sempat menikmati kopi/ teh panas sebelum bekerja dapat dielakkan.


3) Protective umbrella


Inovasi payung ini amat sesuai bagi pejalan kaki yang kemungkinan menghadapi masalah ketika waktu hujan. Payung ini mampu menjaga keseluruhan badan anda ketika hujan. Ianya juga senang dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil apabila telah dilipat.

4) Mini Charger


Inovasi pengecas mini ini amat sesuai bagi rumah yang memiliki ramai penghuni. Dengan pengecas mini ini, anda tidak perlulah berebut lagi dengan ahli kelurga yang lain untuk mencari soket pengecas telefon kerana anda boleh berkongsi soket yang sama.

5) Wireless Charger


Pengecas tanpa wayar ini sangat sesuai bagi pengguna telefon bimbit. Anda tidak perlu meletakkan telefon anda ke atas pengecas ini. Anda masih boleh mengecas telefon anda menggunakan peralatan ini dalam beberapa jarak yang tertentu (dalam anggaran jarak 5-8 meter)

6) Human arm



Human arm ini merupakan inovasi yang memberi kesenangan kepada golongan istimewa yang ketiadaan lengan serta jari. Human arm ini disambungkan kepada serta mampu mengesan bagaimana urat serta saraf kita berfungsi. Jadi, dengan menggunakan alat ini, golongan istimewa dapat merasai bagaimana adanya tangan seperti manusia normal.

7) Deva car


Kereta elektrik merupakan innovasi yang menggunakan tenaga kimia kepada tenaga elektrik untuk berfungsi. Kereta ini sepenuhnya bergantung kepada bateri yang boleh dicas semula.


8) iTwin's Thumb drive

iTwin merupakan inovasi kepada pendrive tetapi mempunyai keunikan yang baru. Sebaik sahaja anda menyambungkan pendrive iTwin ini kepada komputer anda, ianya secara automatik membuka fail Dropbox anda. Ianya dikatakan kunci kepada fail Dropbox anda.

9) Smoke dispeller


Pengion udara ini sesuai dipasang pada kenderaan anda. Ianya mampu menghilangkan asap rokok serta bau dalam masa yang singkat. Inovasi ini menggunakan konsep pengionan udara tak bersih kepada bersih.

10) Pengering kasut


Anda kemungkinan besar sangat memerlukan Electrolux sebagai alat yang mampu mengeringkan kasut anda dalam masa yang singkat. Dengan adanya Electrolux, masalah kasut lambat kering tidak lagi wujud dalam kehidupan seharian anda. Teknologi Electrolux menggunakan konsep haba sangat sesuai untuk isi rumah anda.


No comments:

Post a Comment

Definisi Teknologi dalam Pendidikan

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Di sini, saya akan membuat perkongsian serba sedikit mengenai pengertian tentang teknologi dal...