Dalam bahagian ini, 10 daripada inovasi dalam bidang teknologi diterangkan serba sedikit. Pertama sekali adalah ;
1) Tempat letak kenderaan
Video ini menunjukkan inovasi dalam bidang tempat letak kenderaan yang kemungkinan boleh memudahkan urusan harian kita sebagai pengguna. Dalam video ini, cara-cara pembuatan inovasi tempat letak kereta juga ditunjukkan dan mungkin tidak secara terperinci. Inovasi ini adalah penyelesaian yang sangat mudah bagi tempat yang banyak memerlukan tempat letak kenderaan contohnya hospital, pusat membeli belah, tamu dan sebagainya. Tambahan pula, tapak yang diperlukan adalah kecil sahaja.
(Sumber YouTube)
2) Mesin pemerah susu, pengutip telur, pemberi makanan haiwan.
Video diatas membincangkan inovasi kepada mesin pemerah susu, pengutip telur, pemberi makan, pembersih yang automatik. Dengan mesin automatik, pengusaha-pengusaha seperti penternak lembu, ayam, itik dan sebagainya akan mudah melakukan kerja. Ianya juga mengurangkan tenaga kerja
(Sumber YouTube)
3) Mesin penuai pisang
Bagi pengusaha ladang contohnya ladang pisang secara besar-besaran, inovasi yang mampu memudahkan kerja adalah sangat perlu. Jadi, dalam video di atas anda akan dapat menyaksikan berapa penting nya inovasi ini kepada pengusaha ladang pisang. Inovasi sebegini berupaya menjimatkan tenaga pekerja serta masa.
(Sumber YouTube)
4) Alat bantu mendengar
Kajian mengenai bahan alat bantu mendengar ini sememangnya telah lama dilakukan. Alat bantu mendengar yang pertama direka pada tahun 1898 iaitu menggunakan elektrik.Terdapat enam penghasil terbesar bahan ini, diantaranya adalah Starkey, Resound, Siemens, Widex, William Demant Holding, and Sonava. Bahan ini mendapat permintaan yang sangat tinggi bagi mereka yang menghadapi masalah pendengaran yang mungkin disebabkan kemalangan mahupun atas faktor usia.
(Sumber YouTube)
5) Telefon Bimbit Lut Sinar
Telefon bimbit lut sinar ini dijangka akan menjejaki pasaran dunia pada suatu hari nanti. Kompeni Polytron telah mereka satu prototaip telefon bimbit lut sinar yang dikira mempunyai kelebihan berbanding telefon yang sekarang. Saiz telefon ini dikatakan lebih besar dari iPhone 5s dan kos nya dikira lebih murah.
(Sumber YouTube)
6) Smart Bricks
Video di bawah menunjukkan pembinaan rumah atau bangunan dengan cara yang tampak lebih mudah dan juga mesra alam. Bahan-bahan yang diperlukan agak lebih murah, senang dibina, mudah dan lebih kemas hasilnya.
7) Sistem Keselamatan Kapal Terbang
Keselamatan dijamin jika inovasi sebegini diwujudkan di dalam sistem penerbangan masa kini.
Keselamatan dijamin jika inovasi sebegini diwujudkan di dalam sistem penerbangan masa kini.
8) Dapur gas Buatan
Inovasi ini sangat sesuai bagi mereka yang menggemari aktiviti di hutan. Merupakan salah satu cara "The Survivor" ketika berada di dalam hutan.
Inovasi ini sangat sesuai bagi mereka yang menggemari aktiviti di hutan. Merupakan salah satu cara "The Survivor" ketika berada di dalam hutan.
9) Kuasa bateri daripada air
Antara inovasi yang sangat menakjubkan iaitu menggunakan air sebabgai bateri.
Antara inovasi yang sangat menakjubkan iaitu menggunakan air sebabgai bateri.
10) Inovasi meja menakjubkan
Meja yang senang digunakan. Boleh jadi meja besar, dan boleh jadi meja kecil.
Meja yang senang digunakan. Boleh jadi meja besar, dan boleh jadi meja kecil.
No comments:
Post a Comment