PERSEPSI PELAJAR
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI, UKM MENGENAI PENGAPLIKASIAN MOOC DALAM PROSES
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
JOSEPH TADING ANAK MUSA
MOHD HAFIZUL BIN ANUAR
MOHAMDA ARIFFADILAH BIN
AZMAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA
2017
1.0 PENDAHULUAN
Pada masa kini, peningkatan dari
segi kemajuan dalam proses pendidikan sangat dititikberatkan oleh setiap
pemimpin di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana peningkatan serta
penambahbaikan dalam pendidikan mampu melahirkan generasi yang mampu
menggantikan pemimpin – pemimpin yang sedia ada pada suatu hari nanti. Kepesatan
dari segi teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pendidikan (P&P),
di antaranya ialah Massive Open Online Courses (MOOC). Ini merupakan penambahbaikkan
kepada gaya penyampaian P&P sedia ada iaitu pengajian di atas talian dan
pendidikan berjarak jauh. MOOC adalah kursus dalam talian bertujuan untuk
penyertaan interaktif besar-besaran dan akses terbuka melalui laman web. Selain
daripada bahan-bahan kursus tradisional seperti video, bacaan, dan set masalah,
aplikasi MOOC juga menyediakan forum pengguna interaktif yang membantu membina
masyarakat untuk pelajar dan tenaga pengajar. MOOCs menekankan ciri
akses terbuka, seperti kandungan pelesenan terbuka, struktur dan matlamat
pembelajaran, untuk menggalakkan penggunaan semula dan pengadunan sumber.
Beberapa MOOCs kemudian menggunakan lesen tertutup untuk bahan-bahan kursus
mereka sambil mengekalkan akses percuma untuk pelajar. MOOC mula diperkenalkan
pada tahun 2008 yang dipanggil "Connectivism dan Pengetahuan
perantara" .
Menurut
Cormier (2010), ciri-ciri asas MOOC ialah capaian kepada kursus-kursus yang
ditawarkan adalah terbuka dan percuma, melibatkan penyertaan secara sukarela
(bukan paksa rela) dari pihak pelajar. Penyedia bahan kursus membangunkan bahan
P&P dan diedarkan dengan meluas. Hasil tugasan peserta dikongsi bersama
peserta-peserta lain. MOOC menyokong pendidikan sepanjang hayat. Pada kursus
yang mengenakan bayaran, ia adalah sebagai yuran untuk mendapatkan sijil
kelulusan kursus yang diikuti.
MOOC
juga tidak lari dari isu-isu yang berkaitan dengan kelebihan dan kekurangan
yang tersendiri dan unik. Ada portal
MOOC yang menawarkan kursus atau program P&P secara percuma, tetapi ada
juga yang memerlukan pengguna untuk mendaftar dan membayar yuran mengikuti
kursus.
Konsep
penyampaian P&P secara konvensional yang memerlukan pelajar secara
fizikalnya berada di dalam dewan kuliah untuk mengikuti sesi P&P tidak lagi
diperlukan, sebaliknya memadai dengan adanya capaian internet yang bagus untuk
mengikuti kuliah. Secara tidak langsung, dapat menjimatkan masa dan kos berbanding
proses P&P di dalam dewan. Pelajar boleh mengikuti kursus dari jarak jauh
tidak kira di mana anda berada, MOOC boleh digunakan selagi internet anda
berfungsi.
Sebagai
seorang pensyarah pula, anda boleh menyediakan bahan P&P lebih awal sebelum
suatu kursus dimulakan. Ini memerlukan
sedikit kemahiran di kalangan mereka untuk merangka kandungan kursus yang akan
disampaikan kepada pelajar. Selain
daripada itu, kemahiran dan kepakaran dari beberapa pihak yang terlibat dengan
teknologi pendidikan diperlukan untuk menjayakan pembangunan produk MOOC.
Secara tidak langsung menggalakkan para ahli akademik menjadi lebih kreatif dan
inovatif dalam melaksanakan P&P. Oleh sebab itu, satu kajian mengenai
persepsi pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan
Malaysia terhadap MOOC telah dijalankan di mana kajian ini melibatkan
pertanyaan serta pendapat para pelajar melalui borang soal selidik. Diharap
supaya dengan adanya kaji selidik ini,suatu penambahbaikan serta pendekatan
baharu dapat diperolehi.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Permasalahan di dalam kajian ini
meliputi pekara-pekara seperti sejauh mana keberkesanan MOOCs terhadap para
pelajar dalam pembelajaran serta adakah MOOCs mampu manarik minat para pelajar
dalam pembelajaranm mereka. Menurut BPDA Detroit Chapter (n.d), bagi pelajar
yang mengikuti kursus dari portal MOOC yang percuma dikhuatiri mempunyai isu
berkaitan dengan tahap motivasi yang rendah.
Ini adalah kerana, ia adalah suatu program berbentuk sukarela, dan
pelajar tidak akan dikenakan penalti sekiranya gagal menamatkan kursus dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan.
Berdasarkan laporan yang
dibentangkan oleh edX (2012) seperti yang dipetik oleh O’Connor (2014)
menunjukkan bahawa sebilangan besar peserta kursus atas talian yang percuma
lebih cenderung untuk meninjau sahaja bahan-bahan P&P yang dimuatkan dalam
portal berbanding dengan melengkapkan suatu kursus sehingga memperolehi sijil
perakuan tamat kursus. Jadi, maklumat-maklumat yang diperolehi hasil daripada
soal selidik para pelajar akan di jadikan pengukuran sejauh manakah kelebihan
dan kekurangan pembelajaran secara atas talian atau melalui MOOCs.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi
mendapat respon serta pendapat para pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi,
UKM terhadap aplikasi MOOCs dari segi pengetahuan terhadap aplikasi MOOCs,
keberkesanan dalam proses P&P, penerimaan pelajar serta kebaikan dan
kekurangan pembelajaran melalui aplikasi MOOCs. Hasil maklumat yang diperolehi
daripada borang soal selidik terhadap para pelajar FST, UKM akan dianalisa bagi
mengenalpasti kelebihan serta kekurangan aplikasi MOOCs serta diharapkan penambahbaikan
dalam pembelajaran serta pendekatan baharu dapat diperolehi.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti tahap
pengetahuan para pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi, UKM mengenai MOOC.
2. Mengenalpasti kelebihan serta
kekurangan aplikasi MOOCs dalam proses P&P melalui pendapat daripada
pelajar Fakulti Sains dan Teknologi, UKM
3. Mengenalpasti persepsi para
pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi, UKM jika MOOC diaplikasikan didalam
P&P.
5.0
PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah para pelajar dari
Fakulti dan Teknologi, UKM tahu mengenai MOOC?
2. Apakah kebaikan dan keburukan
jika MOOC diaplikasikan didalam P&P bagi para pelajar khususnya dari
Fakulti Sains dan Teknologi, UKM?
3. Apakah persepsi para pelajar
Fakulti dan Teknologi, UKM jika MOOC diaplikasikan didalam P&P mereka?
6.
METODOLOGI
KAJIAN
Kajian
ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar berkenaan dengan penggunaan
Massive Open Online Course (MOOC)
sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini hanya ditumpukan kepada
mahasiswa dan mahasiswi dari Fakulti Sains & Teknologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) sahaja. Selain itu, kajian ini juga melibatkan
kepelbagaian dari segi bangsa, agama, umur serta jantina. Perbezaan tersebut
juga merupakan faktor yang memperlihatkan perbezaan pendapat dari setiap
pelajar yang berlainan pusat pengajian di dalam Fakulti Sains &
Teknologi.
Berikut merupakan metodologi yang digunakan dalam kajian ini:
1)
Mengkaji persepsi mahasiswa/i Fakulti Sains & Teknologi, UKM terhadap
pengaplikasian MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
perbezaan jantina.
2)
Mengkaji persepsi mahasiswa/i Fakulti Sains & Teknologi, UKM terhadap
pengaplikasian MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
perbezaan jurusan pengajian.
3)
Mengkaji persepsi mahasiswa/i Fakulti Sains & Teknologi, UKM terhadap
pengaplikasian MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
perbezaan umur.
4)
Mengenalpasti pendapat mahasiswa/i terhadap keberkesanan MOOC jika
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di fakulti.
Dalam
kajian ini, terdapat 30 orang pelajar Fakulti Sains & Teknologi, UKM lelaki
dan wanita yang dikumpulkan untuk memenuhi soal selidik yang berkaitan dengan
objektif kajian ini.
7.
DAPATAN
KAJIAN
Bahagian
ini membincangkan hasil kajian berdasarkan persepsi pelajar Mengkaji persepsi
mahasiswa/i Fakulti Sains & Teknologi, UKM terhadap pengaplikasian MOOC
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Responden
bagi kajian ini melibatkan 30 orang pelajar dari Fakulti Sains & Teknologi
(FST), UKM terdiri daripada lelaki dan perempuan. Responden tersebut juga
daripada pusat pengajian atau kursus pengajian yang berbeza seperti Kimia,
Oleokimia, Fizik Gunaan, Geologi, Matematik dan sebagainya.
a.
Kekerapan
dan Peratusan Mengikut Jantina Pelajar
Jadual
7.1 menunjukkan kekerapan serta peratusan pelajar mengikut jantina. Terdapat 16
orang (53.33 %) perempuan dan 14 orang (46.67 %) lelaki yang terlibat dalam
kajian ini.
Jadual 7.1 Responden
mengkiut jantina
Jantina
|
Kekerapan
|
Peratusan
(%)
|
Perempuan
|
16
|
53.33
|
Lelaki
|
14
|
46.67
|
Jumlah
|
30
|
100
|
b.
Kekerapan
Mengikut Jurusan Pengajian di FST, UKM
Jadual 7.2 menunjukkan
7.2 menunjukkan jumlah pelajar mengikut jurusan pengajian di UKM. Jurusan
pengajian juga merupakan faktor perbezaan persepsi pelajar mengenai MOOC.
Pelajar daripada jurusan Kimia dan Genetik menunjukkan kekerapan yang besar
berbanding yang lain.
Jadual 7.2 Bilangan
urusan pengajian
Jurusan Pengajian
|
Bilangan
|
Biologi
|
4
|
Kimia
|
5
|
Sains
Persekitaran
|
1
|
Geologi
|
1
|
Forensik
|
3
|
Sains
Bahan
|
2
|
Fizik
|
3
|
Matematik
|
1
|
Bioteknologi
Tumbuhan
|
1
|
Genetik
|
5
|
Sains
Marin
|
2
|
Sains
Nuklear
|
2
|
c.
Kekerapan
Pelajar Mengikut Tahun Pengajian dan Peratusan
Jadual 7.3 menunjukkan
kekerapan pelajar mengikut tahun pengajian. Pelajar daripada Tahun 3
menunjukkan penglibatan yang besar iaitu 50 % iaitu separuh daripada responden
yang terlibat.
Jadual 7.3 Bilangan pelajar mengikut tahun pengajian
Tahun
pengajian
|
Bilangan
|
Peratusan
(%)
|
3
|
15
|
50
|
2
|
10
|
33.33
|
1
|
5
|
16.67
|
Dalam kajian ini, soal selidik
berkaitan dengan kajian disediakan bagi mencapai objektif kajian. Soal selidik
ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar FST, UKM berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi MOOC di fakulti mereka. Rajah 7.1
menunjukkan Bahagian B dan Bahagian C bagi soal selidik yang disediakan.

Rajah 7.1 Soal selidik
Bahagian B dan Bahagian C
8.
PERBINCANGAN
Bahagian ini akan membincangkan
sedikit sebanyak mengenai kajian
berdasarkan soal selidik yang telah diisi oleh pelajar yang terlibat. Jadual
8.1 menunjukkan komitmen serta respon para pelajar terhadap soal selidik
Bahagian B.
Jadual
8.1 Analisis komitmen pelajar
Skala :
1 = sangat setuju 2 = setuju
3 = neutral 4 = tidak
setuju 5 = sangat tidak setuju
|
|
Bilangan
|
||||
BIL
|
PERKARA
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
1
|
Saya tahu
tentang MOOC sebelum ini melalui rakan-rakan.
|
4
|
9
|
6
|
7
|
4
|
2
|
Saya
berpendapat pengaplikasian MOOC untuk pelajar FST akan banyak kelebihan
berbanding kekurangan.
|
2
|
13
|
10
|
3
|
2
|
3
|
Penyampaian
proses P&P sangat berkesan melalui MOOC.
|
2
|
11
|
11
|
6
|
0
|
4
|
Ramai
rakan-rakan yang bercakap pasal kepentingan MOOC untuk proses P&P bagi
pelajar FST.
|
3
|
9
|
6
|
9
|
3
|
5
|
MOOC sangat
sesuai digunakan untuk aktiviti penghantaran tugasan serta perbincangan
pelajar bersama pensyarah.
|
4
|
12
|
10
|
4
|
0
|
6
|
Pelajar FST
seharusnya didedahkan terlebih dahulu tentang kelebihan pengaplikasian MOOC
dalam proses P&P mereka.
|
2
|
15
|
9
|
3
|
1
|
7
|
Penggunaan
MOOC sesuai digunakan untuk semua proses P&P di FST, UKM.
|
3
|
8
|
13
|
5
|
1
|
8
|
Pengaplikasian
MOOC sepenuhnya di FST akan meningkatkan daya komunikasi pelajar dengan
pelajar atau pelajar dengan pensyarah.
|
1
|
11
|
10
|
6
|
2
|
9
|
Pelajar FST
pernah dijemput untuk menghadiri kelas tentang penggunaan MOOC di fakulti.
|
1
|
12
|
7
|
8
|
2
|
10
|
MOOC harus
dilaksanakan bagi semua proses P&P dari dulu lagi.
|
3
|
7
|
13
|
5
|
2
|
Perbincangan ini
melibatkan soalan daripada soal selidik yang diisi oleh para responden.
a.
Saya tahu
tentang MOOC sebelum ini melalui rakan-rakan.
Berdasarkan
soalan ini, seramai 9 setuju bahawa mereka mengetahui tentang penggunaan MOOC
melalui rakan – rakan mereka. Namun demikian, sebilangan kecil pelajar iaitu
seramai 4 orang sangat tidak setuju dengan pernyataan yang diberikan.
b.
Saya berpendapat
pengaplikasian MOOC untuk pelajar FST akan banyak kelebihan berbanding
kekurangan
Berdasarkan
pernyataan di atas, seramai 15 orang pelajar yang setuju serta sangat setuju
jika pengaplikasian MOOC bagi pelajar FST, UKM. Perkara ini menunjukkan 50 %
daripada bilangan bersetuju dengan penggunaan MOOC. Namun demikian, terdapat 10
orang pelajar berpendapat neutral mengenai pernyataan yang diberi. Selain itu,
terdapat 2 orang pelajar sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut.
c.
Penyampaian
proses P&P sangat berkesan melalui MOOC.
13
orang responden setuju termasuk pelajar yang sangat setuju dengan pernyataan di
atas. Hal ini menunjukkan persepsi pelajar FST, UKM terhadap penggunaan MOOC
adalah proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan melalui MOOC.
Seterusnya, 11 orang pelajar malahan bersifat neutral terhadap perkara
tersebut.
d.
Ramai
rakan-rakan yang bercakap pasal kepentingan MOOC untuk proses P&P bagi
pelajar FST.
Seterusnya,
terdapat 9 orang pelajar bersetuju bahawa mereka banyak mendengar daripada
rakan – rakan yang bercerita mengenai kebaikan serta kepentingan MOOC
diaplikasikan di FST, UKM. Namaun begitu, terdapat 9 orang pelajar juga kurang
setuju dengan pernyataan tersebut. Dapat disimpulkan bahawa hampir separuh
setuju dan hampir separuh tidak bersetuju.
e.
MOOC sangat
sesuai digunakan untuk aktiviti penghantaran tugasan serta perbincangan pelajar
bersama pensyarah.
Seramai
12 orang setuju termasuk 4 orang pelajar yang sangat setuju dengan penjelasan
di atas. Hal ini menunjukkan kebanyakkan pelajar menyukai aktiviti perbincangan
dilakukan melalui MOOC. Namun demikian, golongan pelajar yang bersifat neutral
terhadap pernyataan ini juga mencatatkan jumlah yang agak banyak iaitu seramai
10 orang.
f.
Pelajar FST
seharusnya didedahkan terlebih dahulu tentang kelebihan pengaplikasian MOOC
dalam proses P&P mereka.
Pernyataan
di atas mendapat sambutan yang memberansangkan. Seramai 15 orang pelajar setuju
manakala 2 orang pelajar sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini
menunjukkan pelajar ingin didedahkan terlebih dahulu kebaikan serta kepentingan
pengaplikasian MOOC di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di FST, UKM.
g.
Penggunaan MOOC
sesuai digunakan untuk semua proses P&P di FST, UKM.
Bagi
pernyataan tersebut, kebanyakan pelajar bersifat neutral iaitu seramai 13
orang. Hal ini menunjukkan kebanyakan pelajar kurang pendedahan awal mengenai
kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan MOOC.
h.
Pengaplikasian
MOOC sepenuhnya di FST akan meningkatkan daya komunikasi pelajar dengan pelajar
atau pelajar dengan pensyarah.
Majoriti
daripada responden setuju dengan pernyataan yang diberikan. Mereka berpendapat
bahawa MOOC mampu membantu meningkatkan daya komunikasi pelajar dengan
pensyarah.
i.
Pelajar FST
pernah dijemput untuk menghadiri kelas tentang penggunaan MOOC di fakulti.
Melalui
dapatan kajian yang diperoleh, seramai 12 orang pelajar bersetuju bahawa mereka
pernah dijemput untuk menghadiri taklimat mengenai MOOC di fakulti. Namun
demikian,seramai 8 orang pelajar tidak setuju bahawa mereka pernah dijemput
menghadiri taklimat tersebut.
j.
MOOC harus
dilaksanakan bagi semua proses P&P dari dulu lagi.
Seramai
13 orang responden bersifat neutral terhadap pernyataan yang diberikan. Hal ini
menunjukkan pelajar masih ragu – ragu lagi dengan penggunaan MOOC di FST, UKM.
k.
Bagaimanakah
pandangan anda sebagai pelajar FST, UKM terhadap keberkesanan penggunaan MOOC
dalam proses P&P?
Bagi
soalan daripada Bahagian C pula, berikut merupakan pendapat atau persepsi
daripada 5 orang pelajar mengenai soalan tersebut. Pendapat daripada 5 orang
responden adalah termasuk positif, neutral serta negatif.
Responden
1: “Tidak berkesan, saya berpendapat jika
MOOC dilaksanakan, ianya tidak memberi impak terhadap P&P.”
Responden
2: “Sangat tidak berkesan dan
mengurangkan interaksi antara pensyarah dengan pelajar serta kurang pendedahan
mengenai MOOC.”
Responden
3: “Bergantung kepada cara dan kekerapan
seseorang pelajar menggunakan MOOC.”
Responden
4: “Saya kurang mengetahui mengenai MOOC
tetapi MOOC merupakan satu medium yang menarik untuk diterapkan dalam P&P.”
Responden
5: “Berkesan, ianya membolehkan pelajar
berbincang dalam tugasan yang diberi.”
Daripada maklumat yang diperoleh,
pelajar masih kurang pendedahan mengenai MOOC. Masih ramai lagi pelajar
khususnya pelajar dari FST, UKM yang masih tidak memahami ataupun tidak
diberikan pendedahan mengenai MOOC.
9.
CADANGAN
Melalui kajian ini,
persepsi atau pendapat para pelajar dari FST, UKM dapat dikumpulkan. Namun
demikian, kajian ini hanya melibatkan 30 orang responden sahaja. Dengan
mengumpul data daripada 30 orang ini, objektif kajian telah mampu dicapai
dengan jayanya. Walaupun demikian, kami sekumpulan tidak dapat menggambarkan
sebetulnya penerimaan MOOC bagi pelajar di FST, UKM.
Oleh itu, kajian haruslah dilakukan secara menyeluruh
serta lebih terperinci iaitu dengan melibatkan lebih banyak pernyertaan atau bilangan
responden. Dengan melakukan perkara sebegini, kita mampu mengetahui bagaimana
penerimaan MOOC di FST, UKM.
10.
KESIMPULAN
MOOC merupakan medium
pembelajaran yang membuka satu portal yang baharu dalam bidang pendidikan.
Selain menyediakan platform pembelajaran interaktif yang menarik dan mudah, ia
mampu memupuk semangat kesukarelawan dalam diri para pelajar terutamanya
menjurus terhadap bidang ilmu. Namun, berdasarkan soal selidik yang telah kami
jalankan terhadap para pelajar di FST, kebanyakan mereka hanya mengetahui atau
mendengar mengenai MOOC tetapi tidak memahami penggunaanya dan kebaikannya
kerana kurang pendedahan yang efektif kepada mereka. Namun begitu, kebanyakan
mereka bersetuju bahawa pengaplikasian MOOC dapat membantu meningkatkan taraf
P&P mereka dan menjadikan P&P
lebih mudah dan menarik.
11.
RUJUKAN
Ruth
C. Clark and Richard E. Mayer. 2016. e-Learning and the Science of Instruction:
Proven Guidelines for Consumers and
Designers of Multimedia Learning. John Wiley & Sons, Inc.,
Hoboken, New Jersey.
Bali, M. 2014.
MOOC Pedagogy: Gleaning Good Practice from Existing MOOCs. MERLOT Journal of
Online Learning and Teaching 10(1): 44–56.
Waard,
I. D., Abajian, S. C., Hogue, R., & Gallagher, M. S. (2011). Exploring the MOOC format as a pedagogical
approach for mLearning. MLearn
2011, 138– 148. Retrieved from
http://www.scribd.com/doc/70517083/Exploring-the- MOOC-Format-as-a-Pedagogical-Approach-for-mLearning
No comments:
Post a Comment