Bahagian ini akan menceritakan mengenai penghasilan Bahan Bantu Mengajar (BBM). BBM yang dihasilkan dinamakan Hazard Box. Cara bermain adalah idea daripada permainan kotak bercacun.
Berikut merupakan cara -cara bagaimana Hazard Box dihasilkan.
1) Sediakan peralatan serta bahan - bahan yang perlu seperti beg kertas, sampul surat, kotak mug, kotak kasut, saloptape, gunting, pisau kecil dan marker pen.
2) Sampul surat dipotong segi empat dengan saiz kecil.
3) Tulis soalan pada permukaan sampul surat yang telah selesai digunting.
4) Asingkan tali beg kertas dan gunakan untuk mengikat kotak kasut. (Untuk menampakkan sedikit kekreatifan)
5) Potong permukaan kotak kasut dan dapatkan hasil seperti gambar rajah di bawah.
6) Kemudian, potong permukaan kotak mug. Bahagian atas kotak mug digunakan untuk proses seterusnya (Bahagian kotak sebelah kiri seperti gambar di bawah)
7) Bahagian kotak mug yang didapatkan daripada langkah 6 digunakan sebagai penutup pada kotak kasut.
8) Hazard Box siap dihasilkan.
Hazard Box boleh dijadikan BBM yang memberi kesan positif dalam proses pembelajaran. Cara untuk menarik minat pelajar untuk turut terlibat dalam permainan Hazard Box semasa proses P&P adalah dengan mengumpulkan markah bagi setiap pelajar yang mampu menjawab soalan - soalan di dalam Hazard Box tersebut. Para pengajar boleh mencatat markah tersebut dan berikan ganjaran untuk mereka yang berjaya mengumpul markah tertinggi pada setiap bulan. Soalan -soalan yang disediakan adalah mesti bermula daripada konsep asas sehinggalah soalan yang susah.
Begitu sahaja penerangan mengenai Hazard Box. Sungguh menarik :D
No comments:
Post a Comment