Sunday, 26 March 2017

Definisi Teknologi dalam Pendidikan


Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Di sini, saya akan membuat perkongsian serba sedikit mengenai pengertian tentang teknologi dalam pendidikan.



Sebelum itu, eloknya kita fahamkan terlebih dahulu apa yang dimaskudkan sebagai teknologi. Secara keseluruhannya, Teknologi pendidikan merupakan suatu bidang garapan khusus yang berkepentingan mengatasi permasalahan belajar pada manusia, dengan memanfaatkan berbagai macam sumber insani dan non-insani dan menerapkan konsep sistem dalam usasha pemecahannya itu.

            Menurut Heinich, Molenda & Rusell (1969) mengatakan bahawa teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja tetapi ianya merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Melalui pernyataan ini, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang penting.

            Dalam pada itu, para pendidik serta tenaga pengajar seharusnya menggunakan peluang ini dengan mempelbagaikan lagi bahan-bahan ilmiah supaya dapat dimanfaatkan oleh pelajar bagi tujuan pengajaran serta pembelajaran. Dengan kata lain, tenaga pengajar juga harus memanfaatkan ruang-ruang perbincangan di alam siber atau alam maya sebagai salah satu medium pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar. Jadi, proses pembelajaran itu akan lebih mudah dan berkesan.


            Selain itu, saban hari proses pembelajaran telah banyak mengalami transformasi dan pembaharuan. Kemajuan ini telah membawa ke arah pengajaran yang berkesan. Disebabkan kemajuan medium pengajaran sekarang, pelajar boleh mendapatkan maklumat tambahan melalui perpustakaan atas talian. Perkara ini memudahkan pelajar mempelajari serta mendapatkan maklumat yang diingini dengan mudah.

            Secara keseluruhannya, perkembangan serta penambahbaikan sistem pembelajaran di masa kini sangat memberi kesan ke atas pertumbuhan minda yang cergas bagi pelajar. Teknologi serta inovasi yang hadir dalam sistem pendidikan sememangnya telah membuka mata masyarakat bahawa terdapat banyak cara yang boleh membantu memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih baik serta cemerlang.

1 comment:

Definisi Teknologi dalam Pendidikan

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Di sini, saya akan membuat perkongsian serba sedikit mengenai pengertian tentang teknologi dal...