Selamat
sejahtera dan salam satu Malaysia. Di sini, saya akan membuat perkongsian serba
sedikit mengenai pengertian tentang teknologi dalam pendidikan.
Sebelum itu, eloknya kita fahamkan terlebih dahulu apa yang
dimaskudkan sebagai teknologi. Secara keseluruhannya, Teknologi pendidikan
merupakan suatu bidang garapan khusus yang berkepentingan mengatasi
permasalahan belajar pada manusia, dengan memanfaatkan berbagai macam sumber
insani dan non-insani dan menerapkan konsep sistem dalam usasha pemecahannya
itu.
Menurut Heinich, Molenda & Rusell (1969) mengatakan
bahawa teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja tetapi ianya
merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan
idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak
pada alat. Melalui pernyataan ini, dalam merancang sesuatu pengajaran,
perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori,
pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang penting.
Dalam pada itu, para pendidik serta tenaga pengajar
seharusnya menggunakan peluang ini dengan mempelbagaikan lagi bahan-bahan
ilmiah supaya dapat dimanfaatkan oleh pelajar bagi tujuan pengajaran serta
pembelajaran. Dengan kata lain, tenaga pengajar juga harus memanfaatkan
ruang-ruang perbincangan di alam siber atau alam maya sebagai salah satu medium
pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar. Jadi, proses pembelajaran itu akan
lebih mudah dan berkesan.
Selain itu, saban hari proses pembelajaran telah banyak
mengalami transformasi dan pembaharuan. Kemajuan ini telah membawa ke arah
pengajaran yang berkesan. Disebabkan kemajuan medium pengajaran sekarang,
pelajar boleh mendapatkan maklumat tambahan melalui perpustakaan atas talian.
Perkara ini memudahkan pelajar mempelajari serta mendapatkan maklumat yang
diingini dengan mudah.
Secara keseluruhannya, perkembangan serta penambahbaikan
sistem pembelajaran di masa kini sangat memberi kesan ke atas pertumbuhan minda
yang cergas bagi pelajar. Teknologi serta inovasi yang hadir dalam sistem
pendidikan sememangnya telah membuka mata masyarakat bahawa terdapat banyak
cara yang boleh membantu memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran ke arah
yang lebih baik serta cemerlang.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete